Wednesday, October 29, 2008

Tak habis lagi ker...

Bilalah nak habis bertekak mengenai nama jalan dan penggunaan bahasa yang sesuai untuk papan tanda jalan. Dari KL hinggalah ke Pulau Pinang ceritanya serupa tetapi skripnya berbeza.

Di KL, habis sibuk ahli-ahli Parlimennya membantah nama Jalan Alor yang ditukar ke Jalan Kejora. Walaupun nama tersebut telah dipersetujui ditukar kembali ke nama asal oleh DBKL, tetapi MP Cheras nampak tunjuk keras kepala minta Menteri WP membuat sendiri. MP Bukit Bintang pula cuba tunjuk kekuatannya dengan menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangai oleh 300 orang yang tidak sukar jalan tersebut ditukar nama... Alor pun Alor lah.

Di Pulau Pinang pula, sibuk dengan penggunaan pelbagai bahasa untuk papan tanda jalan raya. Kerajaan negeri dilaporkan telah meluluskan penggunaan Jawi, bahasa Cina dan bahasa Tamil selain bahasa Melayu untuk papan-papan tanda jalan.

Berikutan dengan isu-isu ini, maka melalaklah sesetengah phak berhubung dengan masalah tukar nama jalan dan penggunaan bahasa untuk papan-papan tanda jalan. Bagi aku, kedua-dua pihak sama tolol dan menghabiskan duit rakyat. Apabila nama jalan ditukar, maka papan tanda baru kena buat. Tetapi dua minggu kemudian, nama asal dikembalikan. Tukar lagi... Begitu jugak dengan penggunaan bahasa lain untuk papan tanda. Bukan ke kena tambah peruntukan untuk buat papan tanda jalan yang baru. Tak ke itu membazir namanya.

Setiap ahli Parlimen atau ADUN dan juga Kerajaan Negeri (khasnya yang baru tujuh lapan bulan pegang kuasa) perlu ingat kenapa rakyat memilih mereka dalam pilihanraya bulan Mac dahulu. Rakyat mengharapkan sesuatu yang baru dan perubahan untuk kepentingan semua. Aku rasa KL dan Pulau Pinang mempunyai masalah yang serupa iaitu perlunya dipertingkatkan taraf hidup rakyatnya. Kemudahan awam seperti sistem pengangkutan, jalan-jalan raya mahupun perumahan untuk rakyat perlu diberi tumpuan khas dan diperbaiki. Malahan masalah sosial di kedua-dua kota metropolitan ini perlu diperbaiki agar rakyat hidup dalam lebih selesa dan tanpa tekanan. Jangan dok sibuk melalak mengenai nama jalan atau papan tanda jalan... bukannya rakyat nak duduk atau tidur kat tepi atau bawah tanda jalan tu.

--------------------------
p/s - Satu ketika dahulu, masa aku kena pergi Bangladesh, aku tengok ramai rakyatnya yang tidak berumah (homeless) tidur di tepi jalan. Hampir setiap tembok di tepi jalan ada, plastik yang digulung dan akan dibuka dijadikan bumbung ketika malam harinya. Itu sekitar 13 atau 14 tahun dulu....

1 comment:

Awang Kata said...

Pemimpin perlu tunjuk teladan terlebih dahulu. Misalnya kalau sureheboh boleh ditukar kepada jomheboh, kenapa nama-nama parti politik tak boleh tukar. Tidak salah kalau beranai buat penjenamaan semula kalau itu yang sepatutnya. Tetapi tentunya memerlukan yang benar-benar berani.