Monday, November 24, 2008

19 November is...

Aku baru tahu bahawa 19 November setiap tahun telah diisytihar sebagai Hari Tandas (World Toilet Day) -- a day on which the world is reminded that more than 2.5 billion people - over 40% of the world’s population - still have no access to basic sanitation.

Of these, more than 1 billion live without access to any kind of toilet at all and are forced to defecate in the open. Basic sanitation is something that we often take for granted in developed countries. We may cringe when experiencing toilet facilities at large public events in the UK, yet these provisions are still a great advance on what billions of people in the developing world experience every day.

Lack of sanitation is one of the main causes of sickness, disease and infant death in developing countries. Around 4,000 people, mostly children, die every day as a result of diarrhoea-related illnesses, caused in part by unsafe water and a lack of access to basic sanitation facilities. The World Health Organisation estimates that improved sanitation reduces diarrhoea morbidity by 32%.


----

p/s -- Begitulah keadaan dunia hari ini. Di sesetengah negara, ada penduduknya yang nak eham, eham pun susah. Tetapi di negara kita nak masuk tandas awam, "BERCINTA" gamaknya. Dan, rupanya Hari Tandas Sedunia ini telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi.

Sunday, November 23, 2008

Terpedaya aku sekeluarga...


Ayah, bila robot ni nak transform jadi lori dengan jet...

Terpedaya dengan promosi melampau ASTRO... kerana minat sangat dengan cerita Transformers, aku sekeluarga pagi-pagi lagi pergi ke Ikano Power Center di Mutiara Damansara. Kononnya nak tengok robot-robot Transformers bersaiz manusia yang boleh bertukar menjadi robot dan kenderaan. Sekurang-kurang itulah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan berkaitan dengan promosi ASTRO ini.

Tapi, kami sekeluarga nak tergelak bila kedua-dua robot tersebut keluar dari belakang pentas. Ia hanyalah robot-robot yang lebih kepada bentuk "maskot" Transformers. Kaku... rabun pulak tu. Terpaksa bergerak perlahan-lahan dan dipimpin untuk menaiki pentas. Untuk tidak mengecewakan anak-anak aku, khasnya Adlan dan Afnan, aku suruh mereka beratur untuk mengambil gambar.

Saturday, November 22, 2008

Photos taken recently


Putrajaya




Sungai Tekala


Tolong... tak dapat turun!!!

Wednesday, November 19, 2008

Macam tak nak bagi diskaun je

"Pengguna kenderan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun depan."

Begitulah laporan sebahagian besar dari media tempatan berkaitan dengan diskaun yang diberikan kepada pemandu yang menggunakan lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite. Murah hati sungguh... atau mungkin juga macam tak ikhlas nak bagi diskaun tu. Aku cakap macam ni kerana kenapa diberikan pada waktu 12 tengah malam hingga 7 pagi. Berapa ramaikah pengguna jalan raya menggunakkan kedua-dua lebuhraya tersebut (kecuali waktu perayaan) di waktu-waktu tersebut berbanding dengan selepas jam 7 pagi hingga 11.59 malam?

Yang aku tak sanggup dengar nanti adalah meningkatnya bilangan kemalangan di kedua-dua lebuhraya tersebut khasnya selepas jam 12 tengah malam. Alasannya kerana para pemandu terlalu mengantuk ketika memandu. Keluar pula ungkapan "Kerana diskaun, kemalangan di lebuhraya meningkat".

Friday, November 7, 2008

Alahai Atuk Usu



Tahu-tahu aku dah ada 4 orang cucu sedara. Yang ni latest addition -- Muhammad Amir Haidhar. Cucu sulung kepada kakak aku. Berusia 8 hari ketika gambarnya diambil. Cucu sedara ku yang paling tua (cucu abang aku) berusia 5 tahun. Hampir sebaya dengan umur anak ku yang kecil sekali.

Begitulah seadanya... pantas sungguh masa berlalu. Dulu bergelar bapa sedara tetapi kini naik pangkat jadi atuk sedara pulak.

Thursday, November 6, 2008

Mind your language

B*****D ... inilah ungkapan yang digunakan oleh seorang AHLI YANG BERHORMAT (YB) terhadap seorang YB yang lain di Parlimen. Apakah ungkapan itu ya sehingga akhbar berbahasa Inggeris, NST, pun tidak berminat untuk mencetak sepenuhnya.

Dua kali perkataan tersebut dilepaskan oleh YB berkenaan. Walaupun, beliau kemudiannya menarik balik perkataan tersebut atas arahan Speaker Dewan, tetapi tiada sebarang tindakan/hukuman diambil terhadap beliau.

Agaknya disebabkan hal-hal macam macam nilah maka Kod Etika Budi Bahasa di Parlimen ingin diperkenalkan.

-----------
p/s - Kalau masa kecil-kecil dulu, arwah nenek aku dengar aku mencarut, mesti kena cililah mulut aku. Tapi kalau dah tua bangka mencarut, dan mencarut pulak di dalam Parlimen... apa agaknya "hukuman" yang layak dikenakan.

Tuesday, November 4, 2008

Kod etika budi bahasa Parlimen

Kod etika budi bahasa bagi Ahli Parlimen akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menjaga kesopanan Wakil Rakyat ketika mengeluarkan kenyataan pada persidangan Dewan Rakyat. Ia diumumkan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Ini adalah satu lagi bentuk arahan/larangan yang bakal diperkenalkan untuk "memandu" ahli-ahli Parlimen kita. Kali ini ketika mereka berbicara di Dewan Rakyat. Diharap ia tidak hanya tinggal sebagai Kod Etika semata-mata, sama seperti larangan merokok di bangunan Parlimen.

Nevertheless, lets give our MPs benefit of the doubt. Kalau gagal, kita tahu apa nak buat lima tahun lagi.

Ahli Parlimen engkar arahan

Ahli-ahli Parlimen engkar arahan... bukan satu cerita yang luar biasa, tetapi terlalu kerap kita dengar. Kali ini arahan "Dilarang Merokok" di beberapa kawasan umum di bangunan Parlimen diengkari oleh mereka.

Dan , untuk membuktikan akan seriusnya pihak Kerajaan ingin mengawal tabiat buruk ini, pihak Kementerian Kesihatan telah meluaskannya ke beberapa kawasan lain termasuk di kaki-kaki lima kompleks beli-belah, restoran dan kafe terbuka.

Nampaknya larangan atau arahan mahupun denda ini hanya akan tinggal begitu sahaja. Bagimana rakyat ingin mematuhi arahan/larangan jika tabiat buruk ini dipertontonkan sendiri oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat kita di bangunan Parlimen sendiri. Ada baiknya pihak Kementerian Kesihatan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Parlimen ini terlebih dahulu (dilaporkan kompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan), sebelum menguatkuasakan peraturan sedemikian terhadap masyarakat.




Gambar-gambar yang di"copy paste" dari The Star.

Monday, November 3, 2008

Saturday morning at Kesuma





Went out for my Saturday morning walk and bring along a digital camera...



Family cats -- Tick-Tock and Tock-Tock

Kadar tambang nak naik...

Datuk Noh omar telah mrmbuat kenyataan bahawa kadar tambang bagi pengangkutan awam termasuk teksi, kereta sewa, bas berhenti-henti, bas sekolah dan bas ekspres akan dinaikkan tahun depan. Beliau juga "memberi jaminan" kadar tersebut tidak akan membebankan rakyat.

Aku rasa ini bukan masanya untuk menaikkan apa-apa juga tambang pengangkutan awam khasnya bas sekolah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekomoni dunia dan negara yang meleset dan tidak menentu. Kenyataan seperti harga tayar naik, kos penyelenggaran naik dan harga bateri naik untuk menjustifikasikan kenaikan tambang adalah semata-mata alasan.

Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah trend harga barang dan perkhidmatan turun bukan naik. Apabila harga minyak mentah naik tempoh hari, hampir semua barang dan perkhidmatan terus mengalami kenaikan. Tetapi bila trend murun, harga petrol menurun secara berperingkat-peringkat tetapi kebanyakan barang khasnya barangan makanan atau dapur tidak banyak berubah.

"Jaminan kenaikan tidak membebankan rakyat" tidak boleh dipakai. Setiap kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku walapun kenaikan tersebut dikatakan minimum oleh pihak berkuasa, ia tetap memberi kesan besar kepada rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah.

-----------------

p/s - Kenaikan ini termasuk kenaikan tambah bas sekolah. Bayangkan bagi golongan berpendapatan sederhana atau rendah yang mempunyai tiga orang anak bersekolah dan setiap orang dikenakan kadar tambang berjumlah RM30-RM45 seorang. Tu belum lagi nak kira bayar "Yuran Sekolah" yang dikatakan telah dimansuhkan dulu.