Antara perkara lain yang dibincangkan adalah perkaitan sejarah negara kita. Berkaitan dengan parti-parti politik yang menuntut kemerdekaan serta tokoh-tokoh sejarah sebelum kemerdekaan.
Aku masih ingat semasa aku belajar sejarah semasa sekolah nama-nama seperti Ibrahim Yakoob, Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) Ghafar Baba, Aishah Ghani dan lain-lain adalah sebahagian tokoh-tokoh perjuangan aliran kiri yang turut menyumbang terhadap kemerdekaan negara. Malahan aku turut mempelajarai tentang parti politik pertama yang ditubuhkan iaitu Kesatuan Melayu Muda yang ditubuhkan pada 1938, Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan macam-macam lagi . Tetapi aku difahamkan semua ini telah "digelapkan" di dalam buku sejarah di sekolah. Malahan di sebuah universiti tempatan, untuk membuat rujukan terhadap sejarah gerakan kiri ini pun mesti ada kebenaran bertulis... betul atau tidak itulah yang disebut oleh seorang rakan-jiran aku yang betugas sebagai seorang Pustakawan di universiti tersebut. Sejarah negara seolah-olah dipendekkan dan bermula dengan PERKEMBAR dan proses menuntut kemerdekaan sekitar 1957... tu sahaja.
Mereka ini adalah nama-nama besar dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Jangan biarkan nama mereka hanya dikenang sebagai pejuang dalam bidang bahasa dan kesusasteraan sahaja.
Dan kita perlu ingat bahawa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara dan sejarah penentangan terhadap penjajah telah lama bermula. Nama-nama pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain janganlah disimpan di arkib atau perpustakaan sahaja. Filem dokumentasi pendek berkaitan dengan perjuangan mereka perlu diketengahkan dan disiar untuk tatapan generasi hari ini. Sekiranya pihak kerajaan tidak berbuat sedemikian maka nama-nama ini akan hilang begitu sahaja dan dilupakan.



-----------------
p/s - Isu ini pernah dikemukakan di dalam Harakahdaily yang menuntut pensejarahan semula perjuang kemerdekaan negara.
No comments:
Post a Comment