Friday, July 25, 2008

First timer...

Ni first time aku memblog. Selama ni aku dok melayari blog orang lain. Sesekali aku postingkan pandangan hampeh atau songsang aku dalam blog orang.

Aku teruja untuk mewujudkan blog aku sendiri setelah diajak oleh seorang kawan. Tapi tak tahulah berapa lama aku boleh bertahan dan maintain blog aku ni... selagi boleh berceloteh dan menaip kat keyboard komputer kot.
Anyway, tujuan aku mewujudkan blog ini adalah agar saling dapat berhubung semula dengan rakan-tawlan semasa aku belajar di sekolah dan universiti dulu (tadika terkecuali sebab aku tak tak ada can masuk tadika masa kecik). Orang cakap untuk mengerat silaturahim lah... lebih kurang macam tu.

Tapi yang pasti, bila kekawan aku dah jumpa blog ni, beberapa soalan akan dikemukakan. Dah kahwin ker? Bila? Anak berapa? Isteri be... opppppsss, sebelum terlajak aku bagi tahu korang semua bahawa isteri aku bekerja sebagai seorang pendidik.

Ni gambar anak-anak aku. Empat orang semuanya. Tiga lelaki seorang perempuan. Mereka berumur di antara 5 hingga 13 tahun. Tapi yang baju oren tengah panjat tanggu tu bukan aku aku... Tu tah aku pun tak kena sapa dia. Dia ambik upah pasang poster kot???
Apa, gambar anak-anak aku tak jelas? Nak jelas kelihatan, datang rumahlah dan tengok sendiri.