Harga minyak telah diturunkan sebanyak 3 kali. Dan, harganya mungkin akan diturunkan lagi pada hujung bulan ini, kata Datuk Shahrir. Tetapi apa yang dikeluh-kesalkan oleh masayarakat ialah kenapa barang barang tidak mengalami penurunan? Masih tetapi mahal. Tanya peniaga, peniaga kata pemborong. Tanya pemborong, pemborong jawab pengeluar. Tanya pengeluar, pengeluar tunjuk kepada kerajaan. Macam lagu "Bangau oh Bangau... kenapa engkau kurus"
Terbaru 1 :
Apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menyatakan bahawa harga beras, khasnya Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) yang banyak digunakan oleh penduduk dijual pada harga RM1.80 sekilogram dan ia merupakan harga subsidi berbanding harga sebenar RM2.50 sekilogram. Harganya tidak dapat diturunkan kerana harga ini lebih rendah berbanding dengan pasaran antarabangsa dan juga dengan harga di negara-negara jiran.
Terbaru 2:
Apabila Menteri Hal Ehwal Penggguna & Perdagangan Dalam Negeri menyatakan bahawa kemungkinan harga gula akan dinaikkan 10sen bulan depan. Kenaikan ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana terpaksa menghormati perjanjian yang dibuat oleh kerajaan sedikit masa dahulu.
Alahai Pak-pak Menteri... alasan retro yang terlalu kerap diputra semula (rewind) oleh para menteri berhubung dengan harga barang atau perkhidmatan yang tinggi di negara kita. Alasan yang serupa oleh pihak Kementerian... cuma yang berbeza adalah orang yang menjawat potfolio tersebut. Agaknya alasan ini telah menjadi skrip rasmi kementerian berkenaan dan akan diputarkan semula apabila perlu oleh sesiapa sahaja yang menjadi menterinya...
Itu belum lagi sungutan pengguna berhubung dengan harga barangan seperti ayam, tepung, minyak mahupun barangan makanan yang siap dimasak dijual di kedai makan atau restoran. Semuanya mahal. Setakat RM10 tu belum tentu cukup untuk mengalas perut setiap hari. Itulah realiti kita di negara tercinta ini... semuanya naik, sampai tekanan darah dan denyut jantung pun turut naik sama setiap kali pergi ke supermarket atau kedai untuk membeli barangan keperluan dapur.
Tidak terbayang oleh aku bagi macam masayarakat kita yang berpendapatan rendah menyesuaikan diri mereka dengan suasana harga barang yang naik ini... Nak ubah gaya hidup kata mana lagi aku pun tak tahu, kata seorang kawan. Dah tinggal singlet ngan seluar dalam jer, nak ubah apa lagi???
----------
p/s - Yang turun air hujan jer...
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment