Minggu lepas, pada 29 Ramadhan masa aku bersama-sama rakan-jiran sedang membakar lemang untuk persiapan Aidilfitri, tercetus sedikit perbincangan berkaitan masa depan pelajaran anak-anak kami. Perbincangan berkisar perihal penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran Sains dan Matematik. Secara umum kami semua bersetuju dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut cuma apa yang kami gusarkan adalah kaedah pengajaran bahasa Inggeris hari ini di kalangan anak-anak yang kami rasa perlu dipertingkatkan.
Pada aku Bahasa Inggeris ini cuma bahasa penghantar sahaja, dan untuk menguasai bahasa Inggeris aspek pengajaran dan penguasaan bahasa itu perlu ditekankan. Tetapi nampaknya ramai yang beranggapan bahawa Sains dan Matematik kini seolah-olah dijadikan batu loncatan untuk menguasai bahasa Inggeris. Apabila ini tidak menjadi, ramai bijak pandai termasuk ibu-bapa meletakkan kegagalan anak-anak mereka terhadap pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.
Aku masih ingat semasa sistem pelajaran kita ditukar ke Bahasa Melayu/Malaysia. Kononnya ingin memertabatkan bahasa Kebangsaan di bumi Malaysia... tetapi bila ramai anak Melayu gagal atau setakat lulus biasa sahaja khasnya di dalam mata pelajaran bahasa Melayu, kenapa kita tidak menyalahankan pengajaran dalam Bahasa Melyu itu sendiri???
Setelah beberapa tahun memperkenalkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kini terdengar pula ura-ura akan mengembalikan ke dalam Bahasa Melayu. Ada yang menyebut buku-buku pun dah mula nak dicetak dalam Bahasa Melayu kembali...Wal hasil balik asal betul. Polimik bengong ini hanya menjadikan anak-anak kita sebagai guinea pig. Asal silap sikit, tukar dasar, dan bukannya nak cari punca kesilapan itu dan perbaikinya.
Sampai bilalah agaknya para penggubal dasar di negara kita ini nak bersikap "tetap papan punggung" dalam soal pendidikan. Sebagai bapa aku risau akan tindakan bengong penggubal dasar yang tidak membuat kajian teperinci... setakat hentam kromo sahaja. Setiap kali orang politik melatah, penggubal dasar pun melatah sama... malahan kadang-kadang latah mereka lebih teruk lagi.
----------------
p/s - Aku rasa elok kembalikan semula sistem pendidikan kepada dua aliran iaitu Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan supaya senang orang macam aku boleh hantar anak-anak aku ke sekolah aliran Bahasa Inggeris.
Monday, October 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment