Blogger Bakar Haq telah dibebaskan siang tadi. Diharap apa yang berlaku kepada Bakar a.k.a. Penarik Beca, tidak mematikan semangat beliau untuk terus menjadi penulis blog. Tulisan dan pandangan beliau walaupun keras dan pahit untuk ditelan, tetapi bagi saya amat perlu untuk membuka minda serta menyentap perasaan sesetengah pihak.
Welcome back Bro and keep blogging.
Laporan Harakahdaily 8 Ogos 2008
---------------------------------
Blogger Penarik Beca dibebaskan sebentar tadi
Harakahdaily Fri Aug 08, 08 6:25:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis yang diketuai pegawai penangkap, ASP Kamarulzaman Mohd Salleh, pegawai penyiasat ASP Hazizi Abdul Samad beserta lima pegawai berpangkat inspektor mengambilnya rabu lepas, kira-kira jam 11 malam.
Katanya, beliau terus dibawa ke Bukit Aman dan ditunjukkan pegawai polis terhadap posting di laman blognya yang didakwa menghina pasukan polis.
Posting tersebut berkaitan artikel yang bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra" bertarikh 14 Julai memaparkan logo polis yang telah diubahsuai dengan lambang seekor binatang ditengahnya.
Menurut Abu Bakar, beliau tetap mempertahankan artikel yang ditulisnya mengenai Raja Petra, tetapi mengakui pemaparan logo yang didakwa menghina polis itu suatu kesalahan.
"Tindakan tersebut (memaparkan logo) amat saya kesali dan sesiapa sahaja yang tersinggung, saya memohon maaf," ujarnya.
Menurutnya beliau sendiri tidak tahu mengubahsuai logo, tetapi memperolehinya dari sumber lain.
"Walaupun saya 'copy and paste', pihak polis tetap anggap ianya suatu kesalahan," katanya.
Katanya, beliau ditahan selama dua hari dan komputer ribanya masih dirampas polis. - mr_
Friday, August 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment