No 1:
Semasa aku menghadiri Global Brand Forum Malaysia hari itu aku terserempak dengan seorang seleberati TV yang kerap memberi liputan berkaitan dengan kes-kes pencemaran alam sekitar di negara kita. Kesungguhan beliau membongkar perbuatan "curang" segelintar rakyat yang memusnahkan alam sekitar amat aku kagum. Tetapi kekaguman ini hancur apabila aku lihat beliau juga seorang pencemar alam sekitar (walaupun secara kecil-kecilan). Di luar lobi hotel ketika menunggu bermulanya forum, aku terlihat beliau bersungguh-sungguh menghembuskan asap rokok. Secara sedar atau tidak, perbuatan beliau itu sedikit sebanyak membantu mencemarkan udara di sekelilingnya.
Aku tak ada masalah dengan penghisap rokok tetapi aku tak boleh lihat orang yang bercakap tak serupa bikin. Apa yang aku boleh katakan pada seleberti tersebut adalah laporan-laporan beliau mengenai pencemaran alam selama ini hanyalah sebahagian dari kerjaya beliau dan bukan dari kesedaran diri untuk memulihara alam sekitar.
No 2:
Ketika menghadir bengkel pula, seorang peserta telah tampil menyatakan bahawa beliau menolak untuk menggunakan sejenis produk minuman kerana ia menggunakan bahan dari minyak sawit. Alasan beliau, dalam mengusahakan ladang sawit, ramai pengusaha telah memusnahkan habitat gajah. Jika beliau menggunakan produk tersebut bermakna beliau menyokong tindakan pemusnahan habitat gajah oleh pengusaha ladang sawit.
Betulkah dakwaan pserta tersebut atau beliau bersikap single minded dalam hal ini. Kenapa beliau tidak melihat bahawa kebanyakan ladang-ladang sawit di negara kita adalah bersifat bersepadu. Kalau tak percaya pergilah buat lawatan ke ladang-ladang yang diurus oleh Sime Darby, United Plantations mahupun Felda. Ataupun dapatkan maklumat sebenar dari Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia berhubung dengan perkara ini.
Dan, yang lebih penting tindakan memboikot produk tersebut seolah-olah menafikan sumbangan minyak sawit terhadap pembangunan ekonomi negara dan juga mata pencarian segolongan rakyat Malaysia yang menanam sawit. Aku masih tak boleh nak percaya ada segelintir rakyat Malaysia yang termakan dengan dakyah pihak luar yang mengatakan pengusaha-pengusaha sawit merosakkan habitat gajah dan alam sekitar. Kenapa kita tidak melihat bahawa alam sekitar ini telah lama dirosakkan oleh negara dan orang yang selama ini memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar itu. Negara dan orang tersebut kini meletakkan kesalahan tersebut di bahu negara atau orang lain.
_____________
p/s -- Mengakhiri tulisan aku hari ini ku hadiahkan pantun untuk selebreti TV berkenaan...
Alam sekitar khazanah dunia
Dijaga untuk generasi seterusnya
Pemuliharaan adalah tanggungjawab bersama
Bukan sekadar memenuhi kehendak kerjaya
No comments:
Post a Comment