Friday, December 5, 2008

Global Brand Froum Malaysia

4 dan 5 Disember lalu aku telah hadir Global Brand Forum Malaysia yang diadakan di Palace of Golden Horses. Forum ini yang bertemakan "Creating Leader Brands" adalah anjuran Global Brand Forum dan juga Media Prima. Satu forum yang menarik kerana ia membariskan nama-nama besar dalam pelbagai industri sebagai penceramah. Antaranya Jim Stengel, bekas Ketua Pegawai Pemasaran Global Procter & Gamble; Tony Fernandes, CEO, AirAsia dan juga Oliver Stone, Pengarah filem dari Hollywood.


Ivanka Trump


Oliver Stone

Forum yang buat julung kali diadakan di Malaysia ini telah menarik penyertaan seramai 900 orang dari pelbagai bidang termasuk kumpulan selebrati seperti Aflin Shauki, Norman Hakim, Shah Reza, Tiara dan juga Datuk K.

Aflin turut hadir

No 1:
Yang tidak menariknya salah satu nama besar penceramah - Ivanka Trump, VP Real Estate & Aquisitions Trump Organisation, tidak hadir. Bagimanapun ini tidak dinyatakan oleh penganjur tetapi cuba berselindung di sebalik teknologi dengan memberi gambaran bahawa Ivanka berceramah menerusi video-conferencing 3-D dari US yang dipancarakan terus di skrin di depan para peserta forum. Tetapi dalam percubaan penganjur "berselindung" dengan video-conferencing ini tiba-tiba muncul perkataan "resume" pada skrin ketika Ivanka ditemubual oleh Raz Khan, menyebabkan sebahagian dari peserta terkedu dan menyedari mereka terpedaya. Rupanya semua adalah rakam yang telah dibuat lebih awal dan disiar dalam bentuk video. Intergreti penganjur dipersoalkan oleh salah seorang peserta kerana tidak berterus teras dari awal akan ketidak hadiran Ivanka. Untuk terus berselindung, Farid Ridzuan Group CEO Media Prima terpaksa naik ke pentas dalam satu sesi kemudiannya untuk memberi penerangan dan memohon maaf.

Pada sebelah malamnya apabila aku menonton berita TV3, berita yang disiar juga terus memberi gambaran seolah-olah Ivanka sedang berceramah atau bercakap menerusi persidangan video. Langsung tidak disebut bahawa Invaka tidak hadir pada forum tersebut(dan mungkin sedang dibuai mimpi kerana US pada waktu itu adalah waktu malam).

No 2:
Palace of Golden Horses sebuah hotel canggih tetapi tidak "Mesra Muslim". Itulah yang aku boleh katakan apabila pihak pengurusan hotel tidak peka terhadap keperluan menyediakan kemudahan paip yang sesuai. Ada kepala paip tetapi tidak dibaiki dan tidak boleh digunakan sehingga pengguna Muslim yang menggunakan tandas ketika membuang air kecil terpaksa membuka penutup septic tank untuk membersihkan diri.
Nasib baik aku tak terasa nak terbuang air besar ketika mengadiri forum tersebut. Kalau tidak terpaksa aku minta baldi dari kakitangan hotel atau guna kertas tisu yang disediakan... ish,ish,ish.

No comments:

Post a Comment