Monday, December 1, 2008

Hari Kebangsaan tanpa konsert

Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun depan dibuat tanpa konsert. Begitulah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan sambutan Hari Kebangsaan tahun depan tidak membabitkan penganjuran konsert kerana tidak mahu mencemarkan kemuliaan Ramadan.

Kata Menteri itu lagi, konsert menyebabkan gejala negatif terutama di kalangan remaja yang sudah tentu mencemar kemuliaan Ramadan.

Bagus sekali dan aku sokong pandangan beliau. Cuma alasan yang diberikan pada aku kurang kukuh. Kenapa bulan Ramadan sahaja tidak pada bulan-bulan lain. Kalau dah namanya konsert dan menyebabkan gejala negatif terutama di kalangan remaja, pada bulan apa sekalipun kesan negatifnya tetap sama. Dan, walaupun Ramadan adalah penghulu segala bulan, ini tidak bermakna bulan-bulan lain tidak perlu dimuliakan, atau penganjuran konsert diberi "lampu hijau". Janganlah pulak pada bulan Ramadan kita "berpuasa dari mengadakan konsert" tetapi sebaik sahaja Syawal menjelang, kita berpesta dengan pelbagai konsert hiburan sebagai melepaskan geram kerana berpuasa.

No comments:

Post a Comment