Wednesday, November 19, 2008

Macam tak nak bagi diskaun je

"Pengguna kenderan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol sebanyak 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Jan tahun depan."

Begitulah laporan sebahagian besar dari media tempatan berkaitan dengan diskaun yang diberikan kepada pemandu yang menggunakan lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite. Murah hati sungguh... atau mungkin juga macam tak ikhlas nak bagi diskaun tu. Aku cakap macam ni kerana kenapa diberikan pada waktu 12 tengah malam hingga 7 pagi. Berapa ramaikah pengguna jalan raya menggunakkan kedua-dua lebuhraya tersebut (kecuali waktu perayaan) di waktu-waktu tersebut berbanding dengan selepas jam 7 pagi hingga 11.59 malam?

Yang aku tak sanggup dengar nanti adalah meningkatnya bilangan kemalangan di kedua-dua lebuhraya tersebut khasnya selepas jam 12 tengah malam. Alasannya kerana para pemandu terlalu mengantuk ketika memandu. Keluar pula ungkapan "Kerana diskaun, kemalangan di lebuhraya meningkat".

No comments:

Post a Comment