Datuk Noh omar telah mrmbuat kenyataan bahawa kadar tambang bagi pengangkutan awam termasuk teksi, kereta sewa, bas berhenti-henti, bas sekolah dan bas ekspres akan dinaikkan tahun depan. Beliau juga "memberi jaminan" kadar tersebut tidak akan membebankan rakyat.
Aku rasa ini bukan masanya untuk menaikkan apa-apa juga tambang pengangkutan awam khasnya bas sekolah. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekomoni dunia dan negara yang meleset dan tidak menentu. Kenyataan seperti harga tayar naik, kos penyelenggaran naik dan harga bateri naik untuk menjustifikasikan kenaikan tambang adalah semata-mata alasan.
Apa yang diharapkan oleh rakyat adalah trend harga barang dan perkhidmatan turun bukan naik. Apabila harga minyak mentah naik tempoh hari, hampir semua barang dan perkhidmatan terus mengalami kenaikan. Tetapi bila trend murun, harga petrol menurun secara berperingkat-peringkat tetapi kebanyakan barang khasnya barangan makanan atau dapur tidak banyak berubah.
"Jaminan kenaikan tidak membebankan rakyat" tidak boleh dipakai. Setiap kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku walapun kenaikan tersebut dikatakan minimum oleh pihak berkuasa, ia tetap memberi kesan besar kepada rakyat khasnya mereka yang berpendapatan rendah.
-----------------
p/s - Kenaikan ini termasuk kenaikan tambah bas sekolah. Bayangkan bagi golongan berpendapatan sederhana atau rendah yang mempunyai tiga orang anak bersekolah dan setiap orang dikenakan kadar tambang berjumlah RM30-RM45 seorang. Tu belum lagi nak kira bayar "Yuran Sekolah" yang dikatakan telah dimansuhkan dulu.
No comments:
Post a Comment