
Sekali lagi Pertandingan Antarabangsa Bunga Api (Malaysia International Fireworks Competition) akan diadakan di Putrajaya. Pertandingan ini akan berlangsung dari 12 hingga 29 Ogos 2008 dan antara negara yang menyertainya ialah Malaysia, China, Sepanyol dan Kanada. Pasukan Australia yang menjadi juara tahun lepas akan mengadakan pertunjukan utama di malam akhir pertandingan iaitu 29 Ogos.
Tahun lepas walaupun aku terlibat sebagai sebagai ahli jawatankuasa induk dan dapat pass untuk tengok di PICC, aku tak sanggup pergi kat situ. Aku satu keluarga tengok dari jauh jer... (kat tapak dusun Tun Mahathir). Bukan tak nak pergi tengok dekat-dekat, trafik jamnya teruk sangat sampai lebih dua jam baru boleh keluar dari Putrajaya. Tahun ini pun rasanya macam tu jugak. Jadi, pihak penganjur menggesa orang ramai yang ingin melihat pertandingan bunga api di Putrajaya ini datang awal dan gunakan pengangkutan. Dan, aku juga nak cadangkan kepada orang ramai, parklah kereta jauh-jauh sikit dan datang berjalan.