Tuesday, August 5, 2008

Gadis Tempatan ke, Gadis Melayu?

Laporan Berita Harian di muka surat 12 hari ini mengingatkan aku kepada lagu Gadis Melayu dendangan Othman Hamzah. Antara lirik lagu itu menyebut :

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Apabila dikaitakan dengan laporan berita itu, peliknya yang “tertarik” dan “terjatuh” kat sini bukannya jejaka Melayu, tetapi gadis-gadis Melayu tu sendiri tersungkur di pangkuan jejaka-jejaka Indon dan Afrika.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Ibrahim Lembut menyebut bahawa kes khalwat melibatkan gadis-gadis tempatan dengan warga asing meningkat 100 peratus setiap tahun.

Kenapa aku babitkan Gadis Melayu sedangkan Datuk Ibrahim sebut gadis tempatan… kerana, gadis tempatan terdiri dari Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban, bla, bla, bla…

Jawabnya, kalau kena tangkap khalwat dan dihadap ke Mahkamah Syariah, pastilah mereka tu gadis-gadis berbangsa Melayu beragama Islam. Takkan gadis Cina atau India pulak. Kalau adapun mereka ini dari kalangan bukan Melayu yang beragama Islam terlibat, peratusannya mungkin kecil jer.

Apa yang ingin aku bangkitkan kat sini bukannya usaha membawa perbicaran dan pendakwaan kes khalwat di hujung minggu tetapi isu betapa rosaknya keadaan umat yang bernama Melayu-Islam ini di Malaysia. Sebut jerlah apa kes/perbuatan yang orang Melayu ni tak pernah terlibat… rasuah, rogol, bunuh, rompak, curi, ambil dadah, jual dadah, mabuk arak, pelacuran, tipu-muslihat, tukang pecah-belah, mat rempit, bosiah… macam-macam lagilah. MELAYU BOLEH lah katakan. Adakah ini harga yang perlu orang Melayu bayar akibat “zaman dah berubah, dunia makin maju”, sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih trampil dan lebih maju dari bangsa-bangsa lain? Aku harap tidak.

Bila aku sebut semua rekod buruk orang Melayu ini, bukan bermaksud aku tak sayang kat bangsa aku sendiri. Tetapi aku hairan macam mana orang Melayu ini begitu mudah terjebak dalam hal-hal sedemikian sedangkan kita ini antara umat bertuah kerana dikurniakan Islam sebagai agama. Islam agama syumul yang berupaya memandu orang Melayu ke mercu kejayaan dunia dan akhirat. Tetapi ini tidak berlaku… Islam hanya pada kulit, tetapi tidak pada isi. Islam hanya pada sebutan, tidak pada amalan. Islam hanya tinggal nama... (tupun kalau kau orang semua tengok surat beranak anak-anak kita sekarang tidak lagi tercacat agama ibu bapa mereka).

Tak payahlah aku nak berceloteh banyak-banyak dalam hal ni... tapi fikirkanlah bahawa perpatah Cina ada sebut ”ikan kalau nak busuk bermula dari kepala”. Jadi kalau orang Melayu nak berubah ”kepala” tu yang perlu berubah atau diubah (potong dan buang).

----------------------
Petikan sebahagian dari laporan Berita Harian bertarikh 5 Ogos, 2008.
Banyak khalwat hujung minggu
Oleh Noor Aznida Alias
bhkt@bharian.com.my
KUALA TERENGGANU: Jumlah kes khalwat gadis tempatan dengan warga asing di negara ini meningkat 100 peratus setiap tahun dan tangkapan paling banyak dibuat pada malam Sabtu dan Ahad.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata kejadian itu berlaku kerana gadis tempatan mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan warga asing, termasuk Indonesia dan Afrika.

"Lebih menyedihkan, gadis tempatan mudah terpengaruh dengan pujukan mereka dan sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesan dari perbuatan itu….