Monday, August 4, 2008

Stop smoking... buang duit jer.

Aku setuju sangat-sangat dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz (yang aku ambil dari Harakahdaily) mengenai amalan merokok ni. Malahan ketika khutbah Jumaat lepas, khatib kat masjid rumah aku turut menyeru para jemaah meninggalkan amalan merokok. Khatib tersebut menyebut bahawa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

Betullah merokok ni bukan sahaja membazir tetapi merbahaya kepada si perokok. Dan yang lebih merbahaya adalah orang yang berada di samping perokok yang menghidu asap rokok tersebut. Buang jerlah tabiat ni dan kalau tak nak terima saranan Tok Guru supaya dermakan wang tu ke surau atau sekolah, simpan jer duit tu untuk masa depan anak-anak kita.


------------------------------------

Lebih baik menderma daripada beli rokok
- MB Salmah Mat Husain Mon Aug 04, 08 11:04:30 am MYT



KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.


Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.


"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya. - mj _