Friday, August 8, 2008

"Penarik Beca" dibebaskan

Blogger Bakar Haq telah dibebaskan siang tadi. Diharap apa yang berlaku kepada Bakar a.k.a. Penarik Beca, tidak mematikan semangat beliau untuk terus menjadi penulis blog. Tulisan dan pandangan beliau walaupun keras dan pahit untuk ditelan, tetapi bagi saya amat perlu untuk membuka minda serta menyentap perasaan sesetengah pihak.


Welcome back Bro and keep blogging.





Laporan Harakahdaily 8 Ogos 2008

---------------------------------
Blogger Penarik Beca dibebaskan sebentar tadi
Harakahdaily Fri Aug 08, 08 6:25:33 pm MYT


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan polis sebentar tadi setelah dua hari ditahan reman pihak polis.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi mengesahkan pembebasannya.
Menurut beliau, sepasukan anggota polis yang diketuai pegawai penangkap, ASP Kamarulzaman Mohd Salleh, pegawai penyiasat ASP Hazizi Abdul Samad beserta lima pegawai berpangkat inspektor mengambilnya rabu lepas, kira-kira jam 11 malam.
Katanya, beliau terus dibawa ke Bukit Aman dan ditunjukkan pegawai polis terhadap posting di laman blognya yang didakwa menghina pasukan polis.
Posting tersebut berkaitan artikel yang bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra" bertarikh 14 Julai memaparkan logo polis yang telah diubahsuai dengan lambang seekor binatang ditengahnya.
Menurut Abu Bakar, beliau tetap mempertahankan artikel yang ditulisnya mengenai Raja Petra, tetapi mengakui pemaparan logo yang didakwa menghina polis itu suatu kesalahan.
"Tindakan tersebut (memaparkan logo) amat saya kesali dan sesiapa sahaja yang tersinggung, saya memohon maaf," ujarnya.
Menurutnya beliau sendiri tidak tahu mengubahsuai logo, tetapi memperolehinya dari sumber lain.
"Walaupun saya 'copy and paste', pihak polis tetap anggap ianya suatu kesalahan," katanya.
Katanya, beliau ditahan selama dua hari dan komputer ribanya masih dirampas polis. - mr_

Thursday, August 7, 2008

Seorang lagi bloger ditahan polis

Aku baru dapat sms dari kakak aku katakan bahawa seorang bloger ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Bloger tersebut adalah "Penarik Beca" a.k.a Bakar Haq. Berita penahanan beliau buat aku terkejut dan rasa marah gak. Takkan kena tahan disebabkan beliau dedah perkara berkaitan muzakarah UMNO-PAS?

Aku kenal Bakar beberapa bulan selepas tamat menggaji dari universiti pada tahun 80-an dulu. Beliau sememangnya 'no-nonsence and straight to the point guy'. Kalau dia rasa sesuatu perkara itu tak betul dan perlu cakap, beliau akan terus cakap secara terang-terang... tak da sorok-sorok punya.

Anyway, semoga Allah memberi kekuatan kepada Bakar Haq dan keluarga beliau.

p/s - Tulis tetap tulis dan tulis atas dasar "Haq".

Malaysia International Fireworks


Sekali lagi Pertandingan Antarabangsa Bunga Api (Malaysia International Fireworks Competition) akan diadakan di Putrajaya. Pertandingan ini akan berlangsung dari 12 hingga 29 Ogos 2008 dan antara negara yang menyertainya ialah Malaysia, China, Sepanyol dan Kanada. Pasukan Australia yang menjadi juara tahun lepas akan mengadakan pertunjukan utama di malam akhir pertandingan iaitu 29 Ogos.

Tahun lepas walaupun aku terlibat sebagai sebagai ahli jawatankuasa induk dan dapat pass untuk tengok di PICC, aku tak sanggup pergi kat situ. Aku satu keluarga tengok dari jauh jer... (kat tapak dusun Tun Mahathir). Bukan tak nak pergi tengok dekat-dekat, trafik jamnya teruk sangat sampai lebih dua jam baru boleh keluar dari Putrajaya. Tahun ini pun rasanya macam tu jugak. Jadi, pihak penganjur menggesa orang ramai yang ingin melihat pertandingan bunga api di Putrajaya ini datang awal dan gunakan pengangkutan. Dan, aku juga nak cadangkan kepada orang ramai, parklah kereta jauh-jauh sikit dan datang berjalan.

Tuesday, August 5, 2008

Gadis Tempatan ke, Gadis Melayu?

Laporan Berita Harian di muka surat 12 hari ini mengingatkan aku kepada lagu Gadis Melayu dendangan Othman Hamzah. Antara lirik lagu itu menyebut :

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Apabila dikaitakan dengan laporan berita itu, peliknya yang “tertarik” dan “terjatuh” kat sini bukannya jejaka Melayu, tetapi gadis-gadis Melayu tu sendiri tersungkur di pangkuan jejaka-jejaka Indon dan Afrika.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Datuk Ibrahim Lembut menyebut bahawa kes khalwat melibatkan gadis-gadis tempatan dengan warga asing meningkat 100 peratus setiap tahun.

Kenapa aku babitkan Gadis Melayu sedangkan Datuk Ibrahim sebut gadis tempatan… kerana, gadis tempatan terdiri dari Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazan, Iban, bla, bla, bla…

Jawabnya, kalau kena tangkap khalwat dan dihadap ke Mahkamah Syariah, pastilah mereka tu gadis-gadis berbangsa Melayu beragama Islam. Takkan gadis Cina atau India pulak. Kalau adapun mereka ini dari kalangan bukan Melayu yang beragama Islam terlibat, peratusannya mungkin kecil jer.

Apa yang ingin aku bangkitkan kat sini bukannya usaha membawa perbicaran dan pendakwaan kes khalwat di hujung minggu tetapi isu betapa rosaknya keadaan umat yang bernama Melayu-Islam ini di Malaysia. Sebut jerlah apa kes/perbuatan yang orang Melayu ni tak pernah terlibat… rasuah, rogol, bunuh, rompak, curi, ambil dadah, jual dadah, mabuk arak, pelacuran, tipu-muslihat, tukang pecah-belah, mat rempit, bosiah… macam-macam lagilah. MELAYU BOLEH lah katakan. Adakah ini harga yang perlu orang Melayu bayar akibat “zaman dah berubah, dunia makin maju”, sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi lebih trampil dan lebih maju dari bangsa-bangsa lain? Aku harap tidak.

Bila aku sebut semua rekod buruk orang Melayu ini, bukan bermaksud aku tak sayang kat bangsa aku sendiri. Tetapi aku hairan macam mana orang Melayu ini begitu mudah terjebak dalam hal-hal sedemikian sedangkan kita ini antara umat bertuah kerana dikurniakan Islam sebagai agama. Islam agama syumul yang berupaya memandu orang Melayu ke mercu kejayaan dunia dan akhirat. Tetapi ini tidak berlaku… Islam hanya pada kulit, tetapi tidak pada isi. Islam hanya pada sebutan, tidak pada amalan. Islam hanya tinggal nama... (tupun kalau kau orang semua tengok surat beranak anak-anak kita sekarang tidak lagi tercacat agama ibu bapa mereka).

Tak payahlah aku nak berceloteh banyak-banyak dalam hal ni... tapi fikirkanlah bahawa perpatah Cina ada sebut ”ikan kalau nak busuk bermula dari kepala”. Jadi kalau orang Melayu nak berubah ”kepala” tu yang perlu berubah atau diubah (potong dan buang).

----------------------
Petikan sebahagian dari laporan Berita Harian bertarikh 5 Ogos, 2008.
Banyak khalwat hujung minggu
Oleh Noor Aznida Alias
bhkt@bharian.com.my
KUALA TERENGGANU: Jumlah kes khalwat gadis tempatan dengan warga asing di negara ini meningkat 100 peratus setiap tahun dan tangkapan paling banyak dibuat pada malam Sabtu dan Ahad.

Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Ibrahim Lembut, berkata kejadian itu berlaku kerana gadis tempatan mudah terpaut dengan kata-kata manis serta hadiah diberikan warga asing, termasuk Indonesia dan Afrika.

"Lebih menyedihkan, gadis tempatan mudah terpengaruh dengan pujukan mereka dan sanggup menggadaikan maruah tanpa memikirkan kesan dari perbuatan itu….

Monday, August 4, 2008

Stop smoking... buang duit jer.

Aku setuju sangat-sangat dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz (yang aku ambil dari Harakahdaily) mengenai amalan merokok ni. Malahan ketika khutbah Jumaat lepas, khatib kat masjid rumah aku turut menyeru para jemaah meninggalkan amalan merokok. Khatib tersebut menyebut bahawa Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

Betullah merokok ni bukan sahaja membazir tetapi merbahaya kepada si perokok. Dan yang lebih merbahaya adalah orang yang berada di samping perokok yang menghidu asap rokok tersebut. Buang jerlah tabiat ni dan kalau tak nak terima saranan Tok Guru supaya dermakan wang tu ke surau atau sekolah, simpan jer duit tu untuk masa depan anak-anak kita.


------------------------------------

Lebih baik menderma daripada beli rokok
- MB Salmah Mat Husain Mon Aug 04, 08 11:04:30 am MYT



KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.

"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.


Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.

Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.

"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.

Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.


"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya. - mj _

MPV Proton

Gambar menunjukkan kerangka MPV Proton yang diambil dari
akhbar Utusan Malaysia (4 Ogos 2008).

Proton Holdings bercadang nak keluarkan MPV pertamanya pada Mac tahun depan. Kenderaan ini akan menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Kata Pengarah Urusannya, rekabentuk MPV tersebut mampu memenuhi citarasa dan kehendak pengguna tempatan dan antarabangsa. Harganya juga dikatakan berpatutan.


Gambar yang dicilok dari Internet
untuk menunjukkan MPV Proton (entah betul entah tidak).

Woooo... don't mind waiting for it. Wait and see jer lah, beli rasanya tidak. Yang mungkin nak ku beli ialah motor sebab harga petrol masih mahal. Lagipun aku masih sayang kat Iswara aeroback aku yang sekali-sekali aku guna untuk pergi pasar.

Saturday, August 2, 2008

Harga petrol nak turun???

NST bertarikh 31 Ogos, 2008 di muka 4 melaporkan bahawa mesyuarat Kabinet ada membincangkan kemungkinan akan menurunkan harga petrol. Ini disebabkan harga minyak di pasaran dunia telah turun ke paras US$122 setong. Kata Menteri Penerangan, YB Datuk Shabery Cheek, Kabinet sedang mengkaji (sampai bilalah nak tamat pengajiannya, aku pun tahu tahu..) dan akan menyerahkannya kepada PM untuk membuat pengumuman.
Malahan Star 1 Ogos pun melaporkan berita yang sama. PM kata kerajaan nak kaji... dan takut nanti bila harga petrol iturunkan, pembangkan buat komen yang Kerajaan tak tetap "papan punggong" asik dok berubah jer.

Komen aku, kalau nak turun, turunkan jer harga petrol tu. Tak payahlah nak kaji dulu atau buat penyelidikan. Pembangkan nak katak apapun biarlah... dah sebahagian dari tugas mereka untuk membangkang. Yang penting harga minyak perlu turun, pulak. Sejak naik jadi RM2.70 seliter, ramai rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah sengsara akibat dari domino effect... harga barang makanan melambung, malah harga benda/barang yang tak berkait dengan petrol pun naik sama. Buat keputusan yang betul untuk kepentingan rakyat adalah lebih penting dari mendengar kepada ulasan/komen pembangkang.





Friday, August 1, 2008

Second time...???

Sambung balik celoteh aku... sekarang ni aku kerja kat Putrajaya Holdings, pemaju yang bertanggungjawab membangunkan Putrajaya selaku Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Diam tak diam, bulan Oktober tahun ni, 11 tahun lamanya aku kerja kat PjH. Fuyooo satu rekod... biasanya, lepas tiga atau empat tahun, aku akan melompat kerja (jangan salah anggap, aku bukan pengikut YB Ibrahim Ali) ... tapi kat sini tak pulak. Musykil sungguh.

Antara sebab kenapa aku masih boleh bertahan kat PjH ni mungkin disebabkan oleh pegangan aku pada "phrase" di atas. Aku tak ingat kat mana aku jumpa gambar & phrase ini. Kalau sesiapa nak claim yang gamba r ni dia punya, aku tak kisah.

Nak cerita pasal kerja aku, senang sungguh... tiap hari antara jam 8 hingga 9 pagi, kami satu opis baca paper. Jangan harap nak kacaulah waktu tu... kami tak layan punya.


Ni pulak tunjuk gambar opis aku kat Menara PjH. Nampak canggih, tapi ni gambar setahun lepas. Sekarang ni kalau ambil gambar, nampak kelabu hijau menyelubungi opis aku. Kerja-kerja retification sedang dilakukan ke atas opis aku sekarang ni. Tak tahulah berapa lama lagi akan siap.


Nantilah kalau ada masa nanti, aku ambil gambar opis aku yang ada kelambu hijau tu.