Wednesday, October 29, 2008

Tak habis lagi ker...

Bilalah nak habis bertekak mengenai nama jalan dan penggunaan bahasa yang sesuai untuk papan tanda jalan. Dari KL hinggalah ke Pulau Pinang ceritanya serupa tetapi skripnya berbeza.

Di KL, habis sibuk ahli-ahli Parlimennya membantah nama Jalan Alor yang ditukar ke Jalan Kejora. Walaupun nama tersebut telah dipersetujui ditukar kembali ke nama asal oleh DBKL, tetapi MP Cheras nampak tunjuk keras kepala minta Menteri WP membuat sendiri. MP Bukit Bintang pula cuba tunjuk kekuatannya dengan menyerahkan memorandum bantahan yang ditandatangai oleh 300 orang yang tidak sukar jalan tersebut ditukar nama... Alor pun Alor lah.

Di Pulau Pinang pula, sibuk dengan penggunaan pelbagai bahasa untuk papan tanda jalan raya. Kerajaan negeri dilaporkan telah meluluskan penggunaan Jawi, bahasa Cina dan bahasa Tamil selain bahasa Melayu untuk papan-papan tanda jalan.

Berikutan dengan isu-isu ini, maka melalaklah sesetengah phak berhubung dengan masalah tukar nama jalan dan penggunaan bahasa untuk papan-papan tanda jalan. Bagi aku, kedua-dua pihak sama tolol dan menghabiskan duit rakyat. Apabila nama jalan ditukar, maka papan tanda baru kena buat. Tetapi dua minggu kemudian, nama asal dikembalikan. Tukar lagi... Begitu jugak dengan penggunaan bahasa lain untuk papan tanda. Bukan ke kena tambah peruntukan untuk buat papan tanda jalan yang baru. Tak ke itu membazir namanya.

Setiap ahli Parlimen atau ADUN dan juga Kerajaan Negeri (khasnya yang baru tujuh lapan bulan pegang kuasa) perlu ingat kenapa rakyat memilih mereka dalam pilihanraya bulan Mac dahulu. Rakyat mengharapkan sesuatu yang baru dan perubahan untuk kepentingan semua. Aku rasa KL dan Pulau Pinang mempunyai masalah yang serupa iaitu perlunya dipertingkatkan taraf hidup rakyatnya. Kemudahan awam seperti sistem pengangkutan, jalan-jalan raya mahupun perumahan untuk rakyat perlu diberi tumpuan khas dan diperbaiki. Malahan masalah sosial di kedua-dua kota metropolitan ini perlu diperbaiki agar rakyat hidup dalam lebih selesa dan tanpa tekanan. Jangan dok sibuk melalak mengenai nama jalan atau papan tanda jalan... bukannya rakyat nak duduk atau tidur kat tepi atau bawah tanda jalan tu.

--------------------------
p/s - Satu ketika dahulu, masa aku kena pergi Bangladesh, aku tengok ramai rakyatnya yang tidak berumah (homeless) tidur di tepi jalan. Hampir setiap tembok di tepi jalan ada, plastik yang digulung dan akan dibuka dijadikan bumbung ketika malam harinya. Itu sekitar 13 atau 14 tahun dulu....

Tuesday, October 21, 2008

Al-Fatihah... Shamsiah Fakeh meninggal dunia


Shamsiah Fakeh, 1924-2008

Apa juga tanggapan yang pernah diberikan kepada Allahyarham, yang pasti beliau adalah salah seorang wanita Melayu berjiwa kental yang terlibat dalam perjuangan awal menentang penjajahan Inggeris serta menuntut kemerdekaan dari penjajah Inggeris. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau.

--------------

p/s - Hanya jauhari jua yang mengenali manikam.

Monday, October 20, 2008

Minyak turun, harga barang tetap mahal

Harga minyak telah diturunkan sebanyak 3 kali. Dan, harganya mungkin akan diturunkan lagi pada hujung bulan ini, kata Datuk Shahrir. Tetapi apa yang dikeluh-kesalkan oleh masayarakat ialah kenapa barang barang tidak mengalami penurunan? Masih tetapi mahal. Tanya peniaga, peniaga kata pemborong. Tanya pemborong, pemborong jawab pengeluar. Tanya pengeluar, pengeluar tunjuk kepada kerajaan. Macam lagu "Bangau oh Bangau... kenapa engkau kurus"

Terbaru 1 :
Apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menyatakan bahawa harga beras, khasnya Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) yang banyak digunakan oleh penduduk dijual pada harga RM1.80 sekilogram dan ia merupakan harga subsidi berbanding harga sebenar RM2.50 sekilogram. Harganya tidak dapat diturunkan kerana harga ini lebih rendah berbanding dengan pasaran antarabangsa dan juga dengan harga di negara-negara jiran.

Terbaru 2:
Apabila Menteri Hal Ehwal Penggguna & Perdagangan Dalam Negeri menyatakan bahawa kemungkinan harga gula akan dinaikkan 10sen bulan depan. Kenaikan ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana terpaksa menghormati perjanjian yang dibuat oleh kerajaan sedikit masa dahulu.

Alahai Pak-pak Menteri... alasan retro yang terlalu kerap diputra semula (rewind) oleh para menteri berhubung dengan harga barang atau perkhidmatan yang tinggi di negara kita. Alasan yang serupa oleh pihak Kementerian... cuma yang berbeza adalah orang yang menjawat potfolio tersebut. Agaknya alasan ini telah menjadi skrip rasmi kementerian berkenaan dan akan diputarkan semula apabila perlu oleh sesiapa sahaja yang menjadi menterinya...

Itu belum lagi sungutan pengguna berhubung dengan harga barangan seperti ayam, tepung, minyak mahupun barangan makanan yang siap dimasak dijual di kedai makan atau restoran. Semuanya mahal. Setakat RM10 tu belum tentu cukup untuk mengalas perut setiap hari. Itulah realiti kita di negara tercinta ini... semuanya naik, sampai tekanan darah dan denyut jantung pun turut naik sama setiap kali pergi ke supermarket atau kedai untuk membeli barangan keperluan dapur.

Tidak terbayang oleh aku bagi macam masayarakat kita yang berpendapatan rendah menyesuaikan diri mereka dengan suasana harga barang yang naik ini... Nak ubah gaya hidup kata mana lagi aku pun tak tahu, kata seorang kawan. Dah tinggal singlet ngan seluar dalam jer, nak ubah apa lagi???

----------

p/s - Yang turun air hujan jer...

Friday, October 17, 2008

Jalan Semenyih lagi...



Jalan Semenyih berhampiran JPJ yang dikecilkan menjadi satu lorong.

Alahai... why like this one.

Kalau pun nak galakkan pemandu gunakan lebuhraya baru LEKAS tu, jangalah sampai macam ni. Kalau kita melalui jalanraya ini iaitu berhampiran dengan JPJ Semenyih (betul-betul dekat papan tanda Had Penyelenggaran JKR Hulu Langat), jalan tersebut yang menunju ke Kajang telah menjadi satu lorong. Waktu pagi kawasan tersebut menjadi "bottle neck" bagi banyak kenderaan. Nasib baiklah jaraknya kurang dari 50 meter jer dan sebelum tu boleh cilok sikit lorong yang nak masuk ke stesen minyak Shell di sebelah kiri.

Rasanya pemandu agak keberatan untuk menggunakan lebuhraya LEKAS dari Semenyih untuk ke Kajang atau masuk ke SILK kerana terpaksa membayar RM1.10. Lagi pun jalan dari pekan Semenyih untuk masuk ke lebuhraya tersebut tidak berapa elok dan banyak yang berlubang dan ditampal semula. Tambahan pula, kalau hujan lebat, kawasan tersebut mudah dinaiki air.

Ish,ish,ish, JKR Hulu Langat kenalah kerja keras untuk memperbaiki jaringan jalan raya di sekitar Semenyih dan Beranang kerana bilangan penduduk kian meningkat setiap tahun. Dengan pembukaan TESCO dan juga KFC/Pizza Hut tahun depan, pastinya kawasan ini bertambah ceria dan sibuk.

Tuesday, October 14, 2008

Help me convert

"Help me convert".

Begitulah rintihan seorang pemuda berketurunan Cina yang menyatakan hasrat hatinya untuk memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang gadis Muslim dari Terengganu. Tetapi agak sukar untuk dilakukan kerana beliau dilaporkan tidak mempunyai sebarang surat kelahiran dan beliau dikategorikan sebagai "tiada kewarganegaraan".

Mungkin aku silap, tetapi dari cara laporan berita ini dibuat, nampaknya Hamba Allah seolah-olah menemui jalan buntu sehingga beliau terpaksa memohon bantuan seorang ahli Parlimen bukan Muslim untuk menyelesaikan m asalah beliau. Lelaki berkenaan, Chang, berkata, beliau memilih Islam kerana Islam itu agama yang baik dan bukan kerana beliau ingin berkahwin dengan seorang gadis Islam.

Persoalan yang aku ingin nyatakan di sini adalah mana perginya pertubuhan atau badan-badan Islam di negara ini? Tidak bolehkan pertubuhan/badan sedemikian tampil memberi bantuan?

Monday, October 13, 2008

Sebab bagi gelaran Datuk

Antara sebab kenapa Shahrukh Khan diberi gelaran Datuk adalah kerana beliau pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah. Filem tersebut ditontonti oleh jutaan orang.

Kalau itulah alasan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Melaka, maka Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Wilayah Persekutuan turut perlu menganugerahkan gelaran Datuk kepada artis tersebut kerana pernah membuat penggambaran di Langkawi dan juga di sekitar ibu negara kita. Ish, ish, ish banyaknya gelaran Datuk si Shahrukh ini boleh dapat. Tetapi pelik juga kenapa Pengarah filemnya Shashilal K. Nair mahupun penulis skrip Sanjay Chel tak menerima apa-apa anugerah. Dahlah tu, filem ni diterbitkan pada tahun 2001. Kenapa sekarang dianugerahkan...???

--------------

p/s - Setahu aku isteri salah seorang pemimpin negara kita adalah peminat nombor satu filem-filem Hindustan. Pandai sungguh Datuk Seri pasang startegi...

Saturday, October 11, 2008

Shahrukh Khan is a Datuk...?

Y.Bhg. Datuk Shahrukh Khan... Alahai! Is Malaysia's Datukship becoming that cheap? Honestly I can't really see this Bollywood actor contribution towards our cultural or the filming industry. May be Malacca Chief Minister's office can further celebrate what they meant by Shahrukh's contribution.

Thursday, October 9, 2008

Allan & Indi in Putrajaya




Another advertisement... apa boleh buat. It's part & parcel of my job at PjH. We will be organising a one-night comedy performance by Allan & Indi. It will be on November 1, 2008 @ 8.30pm. Tickets can be purchased via Axcess Tickets.

Jalan Broga opens

It was reported in the Star today that the Broga road has opened ahead of schedule. The 3.7km road was undertaken by Hulu Langat Public Work Department and it cost RM18million, which was funded by the Federal Government. The project technician commented that the new road offered a shorter journey to Broga and was elevated unlike the old road which snaked through low-lying areas and was flood-prone.

Good job to Hulu Langat PWD. Now with the Broga road is completed (with the remaining 2.8km was undertaken by Nottingham University), maybe Hulu Langat PWD can concentrate at the main road connecting Kajang to Beranang. Although part of the road has been widen, but I think the overall condition of the road need to be upgraded further or at least resurface.

With the increase of population and traffic within Beranang area especially, a proper 2-lane dual-carriageway is needed. PWD need to elevate the road fronting the Pusat Kesihatan Kajang because it is a flood prone area during heavy rain. The road rights after the Semenyih Mewah traffic light which turn to single-lane need to be widen and straighten. Furthermore, the road system within the Semenyih town needs to be studied and improved. Too many junction and turning point making the town havoc in the evening and especially on Sunday morning when everybody going the Semenyih wet market.


Semenyih from sleepy hollow to havoc town especially in the evening and every Sunday morning.

Monday, October 6, 2008

Apa ceritanya ni... Bahagian 2

Pada 29 Ramadhan tu kami bakar lemang sampai ke pagi 30 Ramadhan. Aku sempat tidur 1 jam jer malam tu. Rasa mengantuk hilang bila topik perbincangan dengan rakan-jiran terus berkisar mengenai pendidikan anak-anak.

Antara perkara lain yang dibincangkan adalah perkaitan sejarah negara kita. Berkaitan dengan parti-parti politik yang menuntut kemerdekaan serta tokoh-tokoh sejarah sebelum kemerdekaan.

Aku masih ingat semasa aku belajar sejarah semasa sekolah nama-nama seperti Ibrahim Yakoob, Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) Ghafar Baba, Aishah Ghani dan lain-lain adalah sebahagian tokoh-tokoh perjuangan aliran kiri yang turut menyumbang terhadap kemerdekaan negara. Malahan aku turut mempelajarai tentang parti politik pertama yang ditubuhkan iaitu Kesatuan Melayu Muda yang ditubuhkan pada 1938, Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan macam-macam lagi . Tetapi aku difahamkan semua ini telah "digelapkan" di dalam buku sejarah di sekolah. Malahan di sebuah universiti tempatan, untuk membuat rujukan terhadap sejarah gerakan kiri ini pun mesti ada kebenaran bertulis... betul atau tidak itulah yang disebut oleh seorang rakan-jiran aku yang betugas sebagai seorang Pustakawan di universiti tersebut. Sejarah negara seolah-olah dipendekkan dan bermula dengan PERKEMBAR dan proses menuntut kemerdekaan sekitar 1957... tu sahaja.

Mereka ini adalah nama-nama besar dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Jangan biarkan nama mereka hanya dikenang sebagai pejuang dalam bidang bahasa dan kesusasteraan sahaja.

Dan kita perlu ingat bahawa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara dan sejarah penentangan terhadap penjajah telah lama bermula. Nama-nama pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain janganlah disimpan di arkib atau perpustakaan sahaja. Filem dokumentasi pendek berkaitan dengan perjuangan mereka perlu diketengahkan dan disiar untuk tatapan generasi hari ini. Sekiranya pihak kerajaan tidak berbuat sedemikian maka nama-nama ini akan hilang begitu sahaja dan dilupakan.





-----------------
p/s - Isu ini pernah dikemukakan di dalam Harakahdaily yang menuntut pensejarahan semula perjuang kemerdekaan negara.

Apa ceritanya ni... Bahagian 1

Minggu lepas, pada 29 Ramadhan masa aku bersama-sama rakan-jiran sedang membakar lemang untuk persiapan Aidilfitri, tercetus sedikit perbincangan berkaitan masa depan pelajaran anak-anak kami. Perbincangan berkisar perihal penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pengajaran Sains dan Matematik. Secara umum kami semua bersetuju dengan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut cuma apa yang kami gusarkan adalah kaedah pengajaran bahasa Inggeris hari ini di kalangan anak-anak yang kami rasa perlu dipertingkatkan.

Pada aku Bahasa Inggeris ini cuma bahasa penghantar sahaja, dan untuk menguasai bahasa Inggeris aspek pengajaran dan penguasaan bahasa itu perlu ditekankan. Tetapi nampaknya ramai yang beranggapan bahawa Sains dan Matematik kini seolah-olah dijadikan batu loncatan untuk menguasai bahasa Inggeris. Apabila ini tidak menjadi, ramai bijak pandai termasuk ibu-bapa meletakkan kegagalan anak-anak mereka terhadap pengajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris.

Aku masih ingat semasa sistem pelajaran kita ditukar ke Bahasa Melayu/Malaysia. Kononnya ingin memertabatkan bahasa Kebangsaan di bumi Malaysia... tetapi bila ramai anak Melayu gagal atau setakat lulus biasa sahaja khasnya di dalam mata pelajaran bahasa Melayu, kenapa kita tidak menyalahankan pengajaran dalam Bahasa Melyu itu sendiri???

Setelah beberapa tahun memperkenalkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kini terdengar pula ura-ura akan mengembalikan ke dalam Bahasa Melayu. Ada yang menyebut buku-buku pun dah mula nak dicetak dalam Bahasa Melayu kembali...Wal hasil balik asal betul. Polimik bengong ini hanya menjadikan anak-anak kita sebagai guinea pig. Asal silap sikit, tukar dasar, dan bukannya nak cari punca kesilapan itu dan perbaikinya.

Sampai bilalah agaknya para penggubal dasar di negara kita ini nak bersikap "tetap papan punggung" dalam soal pendidikan. Sebagai bapa aku risau akan tindakan bengong penggubal dasar yang tidak membuat kajian teperinci... setakat hentam kromo sahaja. Setiap kali orang politik melatah, penggubal dasar pun melatah sama... malahan kadang-kadang latah mereka lebih teruk lagi.

----------------

p/s - Aku rasa elok kembalikan semula sistem pendidikan kepada dua aliran iaitu Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan supaya senang orang macam aku boleh hantar anak-anak aku ke sekolah aliran Bahasa Inggeris.